.Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur tak terhingga padaNYA yang masih memberi pinjam nyawa pada kita,yang memberi kita nikmat yang tak terhitung banyaknya.
Selawat dan salam buat penghulu para nabi,kecintaan di langit dan di bumi,Kekasih Allah,Nabi Muhammad SAW.Dengan titik peluh dan perahan keringat yang tak kenal putus asa baginda,kita menikmati 2 nikmat terbesar hari ini;IMAN dan ISLAM.
Untaian doa yang tiada henti buat semua saudara seiman,semoga terus thabat dijalan ini.
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka
yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
Satu topik menarik yang telah dilontar oleh seorang sahabat di 'chatbox'
IQRaC GEN 11 yang berbunyi lebih kurang macam ini;
"Kita selalu cakap tentang dakwah pada masyarakat.Tapi bila berhadapan dengan keluarga,semuanya hanya tinggal cakap di mulut.Takut untuk berdakwah pada keluarga sendiri.Rasa macam munafiq pun ada jugak".
Statement yang lebih kurang macam itu bunyinya,telah membuatkan semua adik-beradik gen-e IQRaC yang menyertai perbincangan di 'chatbox' tersebut diam,kaku terpaku dengan topik yang diutarakan.
'Betul juga.Sibuk buat preparation untuk terjun ke dalam masyarakat bukan main hebat lagi.Tapi bila berdepan dengan mad'u paling dekat,keluarga,diam membatu.Tak berani tegur.Memang rasenye tak pernah prepare apa-apa nak islah family sendiri', getus hati saya.
Kebanyakan kita,saya dan mungkin juga anda yang sedang membaca entri ini,kurang ambil perhatian bab dakwah pada keluarga ini.Sebabnya,keluarga sendiri,kenapa nak susah-susah fikir?Betul tak?
Mari tadabbur ayat diatas.
Yang ditujukan buat orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.Mesejnya,adlah sebuah arahan dari Allah supaya kita berusaha,memelihara diri kita dan keluarga dari api neraka.Adakah kita sedar yang arahan itu telah termaktub keatas diri kita?Kita adalah orang-orang yang beriman yang disebutkan di dalam ayat tersebut.
Menurut seorang sahabat,ayat ini ditujukan kepada lelaki.Tetapi sebagai orang yang beriman,seruan itu tetap ditujukan kepada kita,tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Kalau bukan kita yang nak bantu menyelamatkan ahli keluarga dari bahang api neraka yang menjulang tinggi,siapa lagi?
Susahnya nak mengislah keluarga!!
Memang susah.
Kalau perjuangan ini mudah dan selesa,pasti ramai yang akan bersama menyertai.
Keluarga,adalah kumpulan kecil manusia yang paling rapat dengan kita.Diketuai si ayah dengan pembantu setia si ibu disisi,dengan abang dan kakak sebagai ahli yang terawal.Adik-adik turut menyusul kemudian menjadi ahli yang meramaikan dan menceriakan.Sama-sama membesar bertatih mengenal dunia.
Hubungan erat yang terbina,terkadang membuat kita hanya sekadar diam membatu bila maksiat berlaku di depan mata.
Inilah situasi realiti yang berlaku kini.Yang berlaku pada saya,berlaku pada anda,dan berlaku pada semua yang memilih jalan ini,jalan untuk menyeru sekalian alam untuk dekat padaNYA.
Kita tidak mampu untuk menegur si abang yang sesuka hati meninggikan suara bila bercakap dengan ayah,tidak mampu menegur si kakak yang keluar berduaan bersama 'buayafriend' beliau,tidak sampai hati nak marah si adik yang tak mahu solat sedangkan umurnya sudah sepuluh tahun.Kita tidak mampu menegur si ibu yang memakai tudung pendek tergantung,dengan sanggul tinggi di kepala.Kita tidak mampu menegur ayah yang ketagih melepak,bersembang di kedai kopi lebih dari solat berjemaah di masjid.
Kalau kita tegur abang nanti,tak pasal-pasal kena maki.Kalau tegur kakak nanti,kene jerit kat telinga lepas ni.Kalau tegur adik tak solat ni,menangis menjerit-jerit pula nanti.Kalau tegur ibu,cakap elok-elok pon,dijelingnya mesti menyusur ayat ni;"Kau jangan nak ajar aku!!!".Kalau ditegur ayah jangan melepak nanti,pasti melayang penampar percuma melekat hinggap dipipi.
Jadi,apa jalannya nak menasihat mereka ini???
Yang pertama dan utamanya
,tingkatkan dan teguhkan IMAN kepadaNYA.Pasti DIA akan memberi kita kekuatan untuk mengislah diri dan keluarga tercinta.
Mulakan dengan memberi kesedaran pada diri sendiri,betapa pentingnya untuk kita menyelamatkan keluarga kita dari jilatan api neraka yang maha ganas.
Tingkatkan ilmu tentang agama,faham dan amalkan.
Cari guru yang boleh dijadikan tempat rujukan jika berlaku masalah-masalah yang diluar jangkauan ilmu kita.
Cari sahabat yang sama-sama faham situasi kita,untuk membantu kita meniup semula semangat untuk terus istiqamah mengislah ahli keluarga sendiri,untuk menghembus kekuatan dikala lemah menjenguk.
Dan yang paling penting,mohon pada Allah,semoga Allah membuka pintu hati ahli keluarga kita dan kurniakan hidayah buat mereka.
Kaedah terbaik sekali adalah dengan menunjukkan contoh kepada ahli keluarga.Solat awal waktu,solat berjemaah,mengaji Al-Quran,ringan-ringankan tulang membantu ibu ayah,bila nak menegur tentang kesalahan yang telah di buat,tegur dengan hikmah.Hikmah itu,tidak semestinya lembut mendayu-dayu,tetapi bersesuain dengan keadaan dan kesalahan.Kalau perlu tegas,tegaslah.Kalau perlu lembut memujuk,lembutlah.
Tapi bila menegur orang tua,tegur dengan perbuatan.itu lebih berkesan dihati mereka.
Semoga istiqamah~
Sabar.
Hanya dengan sabar,kita akan mampu bertahan dalam usaha menyelamatkan keluarga kita dari api neraka yang membakar dengan dahsyat.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
(2:45)
Mohon padaNya.Semoga Allah permudah segalanya,dan dibuka pintu hati mereka untuk menerima hidayah.
Usaha dengan istiqamah.Jangan putus asa.
TAPI INGAT.
Hidayah itu tetap milik Allah.Walau hingga hujung nyawa sekalipun,kita tidak mampu mengubah sesiapa kerana hidayah itu urusan Allah.Sedangkan Rasulullah sendiri tidak mampu mengislamkan bapa saudara baginda Abu Talib,inikan pula kita.
Terus usaha.
Semoga Allah menguatkan kita untuk mengislah masyarakat dan keluarga tercinta.
tq for tips...
ReplyDeleteAllahurabbi. Headshot to me. Thanks 4 reminds me. Selaku anak sulung drpd 15 org adik beradik, besar sungguh ujian nak mengislahkan keluarga
ReplyDeleteAllahurabbi. Headshot to me. Thanks 4 reminds me. Selaku anak sulung drpd 15 org adik beradik, besar sungguh ujian nak mengislahkan keluarga
ReplyDelete