Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah lama jari ini tidak menari menaipkan sesuatu untuk blog gen yang terchenta ini.
Sayang jika ruang yang ada tidak dimaksimakan penggunaannya.Jadi,hari ini,isu taqdim menjadi pilihan.
Kenapa?
Sebab kelas Understanding Islam dengan Bro Kazzman hari tu.
Taqdim dalam isu ini,bukanlah cerita jamak taqdim atau ta'khir,tapi 'taqdim' yang 1 lagi.Memulakan sesuatu hubungan antara dua insan atau istilah sempoi insan yang hantar mesej pada Bro Kazzman tu,COP.In English,we call 'book'.
Tidak dapat dipastikan kenapa tiba-tiba sampai dalam inbox Bro Kazzman soalan yang berbunyi lebih kurang macam ni;
"Bro,boleh tak COP banat sebelum kahwin?"
Seluruh auditorium gamat dengan gelak ketawa.
Sebenarnya,
Sekalung tahniah kepada insan yang tergerak hati nak hantar mesej ni kat Bro Kazzman sebab tandanya insan ni
dah matang,dan berfikir jauh merancang masa hadapan to have a family.Tahniah ye.
Jadi,kat sini,nak kongsi sedikit tentang taqdim ni.Harap kita semua dapat ambil pengajaran.Semoga ia berguna dimasa hadapan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun hadapan umurnya sudahpun menjangkau ke angka 25, bermakna suku abad telah dimamah usia. Tempoh pengajianpun semakin hampir ke hujung semester. Kalau diizinkan Tuhan dia bakal ke pentas graduasi buat kali ke-2.
Tetapi hatinya tetap resah. Bahkan resahnya mengatasi kegembiraan untuk meraih gelaran graduan berijazah sarjana, Semakin masa berlalu, semakin hati bertambah-tambah bimbangnya’
Resah, sampai ke waktu ini hatinya masih belum ‘diisi’ oleh sesiapa!
* * * * *
Demikianlah, detik di hujung hati seorang muslimah. Mungkin bagi kaum Adam, ianya sekadar rasa-rasa yang biasa dan kecil, namun tidak bagi kaum Hawa. Ia sebuah kebimbangan hidup dan mati bagi seorang wanita!
Saya cuba membayangkan, suatu masa dahulu, saya bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang bernama ‘Afiq’ tetapi dilahirkan sebagai ‘Syafiqah’ yang tidaklah memiliki rupa paras yang menawan, apatah lagi untuk mempunyai segala ciri-ciri seorang wanita idaman semua lelaki. Sudahlah kurang cantik, tambahan pula hanya menuntut sebagai pelajar Human Resource di UITM Shah Alam. Saya pasti saya sedang merasa rendah diri dan akan bersedih sampai ke hari ini kerana tiada lelaki yang akan mendampingi saya, jauh sekali ingin melamar saya sebagai teman sehidup-semati.
Iyelah! Sudahlah tidak menawan, title ustazah pun tak ada. Ah! Saya betul-betul tidak dapat membayangkan betapa seksanya menanggung jiwa seorang ‘Syafiqah’ ketika itu.
Artikel ini saya menulisnya bersama-sama ‘jiwa’ seorang ‘Syafiqah’ agar dapat berkongsi perasaan resah yang mereka (muslimah) alami.
OH MUSLIMAH! OH SYAFIQAH!
Wanita mula memikirkan soal kehidupan mereka apabila usia mereka mulai mencecah awal 20-an. Ia adalah fitrah. Kalaupun mereka buat-buat lupa, rasa itu tetap akan datang dengan sendirinya. Anda (muslimah) mungkin akan merasakan lebih resah dan bimbang apabila anda adalah salah seorang seorang muslimah yang saya nyatakan di atas.
Siapa yang tahu, betapa peritnya ingin menghadapi situasi sebegini. Perasaan ingin berkahwin dan mempunyai pasangan yang halal sudah pasti ada pada hati kecil seorang wanita sebagaimana seorang lelaki. Tetapi banyak sungguh halangan yang membantutkan hasrat itu. Hati wanita mana yang tidak cemburu melihat rakan-rakan seusianya ketika sama-sama menuntut di sekolah sudahpun berkahwin, ada juga yang telah beranak-pinak memiliki cahaya mata.
Kalau sakit, ada tempat untuk merintih, Kalau rindu ada hati untuk mengadu. Kalau cinta, ada insan sudi bermanja.
Begitulah hakikatnya seorang muslimah, soal jodoh sememangnya terlalu berat bagi mereka. Segala-galanya serba tidak kena jika urusan yang satu ini tidak selesai. Paling-paling kurangpun, diusia-usia 25 tahun ini, sudah ada ‘teman tapi mesra’ di sisi walaupun belum comfirm si dia untuk menjadi bakal suami. ITetapi tu lebih baik daripada tiada langsung, kuranglah sedikit kadar keresahan yang bersarang, rezeki masing-masing siapa yang tahu?
Ada satu risiko yang sering menghantui seorang wanita mahupun muslimah, yang tidak ada pada seorang lelaki dalam soal jodoh, iaitu ‘siapa mahu mencari siapa?’
Bagi seorang lelaki, mencari jodoh itu bukanlah masalah 'umat' yang terbesar untuk diri mereka, kalau terasa mahu berkahwin, bila-bila masa sahaja mereka boleh berusaha. Kena reject tu biasalah, kata lelaki? Namun, pernahkan anda terfikir ianya suatu yang sukar bagi seorang wanita? bukan mudah-mudah mahu mencari jodoh, nanti akan disindir sebagai wanita murahan yang terhegeh-hegeh.
Pepatah ‘Ketuanan’ Melayu ada menyebut: ‘Jangan menjadi perigi yang mencari timba’
Adakah seorang lelaki pernah sesekali memikirkan kondisi tersebut? Lelakikan ego!
Saya percaya, kalaulah tiada dicipta pepatah ‘perigi mencari timba’ sudah pasti separuh daripada keresahan seorang wanita itu akan hilang. Mereka bebas menentukan soal jodoh mereka tanpa ada rasa malu dan tertekan. Muslimah boleh terus menyambung pengajian atau kerjaya mereka walaupun ketika itu usia mereka akan menjangkau 30 tahun tanpa sibuk memikirkan siapakah bakal jodohku nanti.
Ketika itu, barulah lelaki tahu betapa mahalnya harga wanita yang bernama muslimah. Jangan terkejut kalau ada lelaki yang sanggup menangis-nangis hanya untuk memiliki wanita biasa. Menyesal tak sudah!
WAHAI LELAKI, HILANGKAN RESAH MEREKA (WANITA)
Lelaki, anda sahajalah harapan bagi seorang muslimah untuk merungkai segala keresahan yang ada di jiwa mereka. Mereka inginkan anda menjadi pendamping mereka untuk selama-lamanya sampailah ke syurga nanti, mereka juga sanggup sekiranya ditakdirkan untuk berkorban apa sahaja jika itulah yang dapat membahagiakan insan yang mereka sayang.
Lelaki, cobalah memahami hasrat hati mereka yang satu ini.
Mereka muslimah yang telah diciptakan sebagai perawan yang harus menitipkan malu dalam diri sebagai perhiasan agung.
Dengan itu, lelakilah yang selayaknya menjadi pendahulu dalam segala hal yang berkaitan dengan jodoh. Muslimah bukanlah tidak boleh manjadi pendahulu, tetapi fitrah mereka diciptakan untuk menerima cinta bukanlah mencari. Hati mereka untuk diisi bukanlah mengisi.
Justeru, lelaki tidak boleh bersikap malu untuk menentukan jodoh mereka. Kalaulah anda wahai lelaki malu untuk melamar seorang muslimah, malu itu lebih berganda-ganda pada seorang muslimah. Takkanlah anda mahu mendengar:
‘Ustaz, saya mahu melamar ustaz sebagai bakal suami saya, sudikan ustaz menerima lamaran ini?’
Ah! Mustahil dan janggal. Kerja ini seharusnya dimulakan oleh seorang lelaki.
Dalam masa yang sama, lelaki tidak harus bersikap memilih dalam usaha mencari bakal muslimah yang diinginkan. Apa salahnya jika anda menurunkan sedikit kadar kecerewetan anda dalam soal jodoh jika muslimah yang sudah ada di depan mata itu telah memiliki sedikit-sebanyak ciri-ciri yang dikehendaki oleh agama. Apa kurangnya wanita yang tidak berkaca mata, tidak mancung hidungnya, tidak ramping tubuhnya, tidak putih kulitnya, jika akhlaknya seindah pekerti Saidatina Aisyah r.ha.
Jika anda memilih wanita kerana cantiknya, bahawasanya rupa itu akan pergi apabila tiba usia tua, yang tinggal hanyalah agamanya (akhlaknya) untuk membahagiakan anda.
Kalaulah lelaki memahami ini semua, saya percaya wanita adalah manusia yang paling bahagia jika dikurniakan anugerah seperti ini.
YAKINLAH!
Saya sering memikirkan, mengapakah diciptakan seorang wanita itu dalam keadaan yang lemah dan di samping mereka didatangkan dengan pelbagai ujian yang kadangkala seorang lelaki sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Rupanya, disebalik kesusahan itu ada ikhtibar dan kurniaan lain untuk kegembiraan mereka, iaitu jalan mereka untuk ke syurga sangat mudah.
Muslimah jangan terus bersedih dengan keresahan apabila memikirkan soal jodoh yang tidak kunjung tiba. Jangan pula terlalu merendah diri, jika tidak mempunyai paras rupa cantik untuk terus berputus-asa dalam kehidupan. Perjalanan jodoh ini terlalu jauh dan luar biasa.
Muslimah tidak harus kalah dengan akhlak dan budi pekertinya walaupun pada diri anda memiliki sedikit kekurangan fizikal. Sebagaimana anda yakin dengan janji ALLAH yang lain, percayalah kata Tuhan pada ayat ‘At-Thoiyibuna litthoiyibaat’ akan berpihak kepada anda suatu hari nanti. Anda cuma perlu berkorban dengan budi yang baik, pastinya pulangan untuk anda adalah seorang lelaki yang soleh sebagai ganjaran.
Saya terlalu yakin, tiada seorang muslimah yang molek pekertinya (akhlak) dibenci oleh seorang lelaki. Saya seorang ‘Afiq’, jadi saya tahulah apakah kehendak dan naluri seorang lelaki.
Akhirnya, ‘Syafiqah’ tidak perlu resah lagi, jika suatu ketika nanti semua lelaki di dunia ini sempat membaca artikel ini dan memahami apakah isi hati seorang muslimah.
_________________________________
Nota Kehidupan (1): Saya ada seorang kawan yang selama ini dialah sebagai sumber inspirasi. Saya semakin kehilangannya walaupun ketika ini dia masih di depan mata. Dia sahabat saya yang baik!
Nota Kehidupan (2): Setelah berminggu-minngu pulang daripada Tanah Haram, saya mulai dibayangi dengan suasana indah di Padang Arafah dahulu.
P/s:artikel diatas saya ambil dari blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca.Kepada sesiapa yang akan men'taqdim' dan di'taqdim',tahniah saya ucapkan.
nanti kirim salam kat kazzman ye..cakap kat die gambar2 lame die ni banyak sgt..suruh die contact me untuk dapatkan semula gambar2 die..'barang' yg die bg wane purple dulu pun ade lg..tp dah loost sikit..
ReplyDeletemantap..ana nk copy article ni bole x?
ReplyDeleteslm. truskan menulis yer cik husna^_^
ReplyDeletesalam. bg mnjwb persoaln di ats, sila rjk http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/212-antara-displin-islam-dalam-pertunangan.html
ReplyDeleteDell:sila.sy ad ltak link kt bwah post ni.smoga bmanfaat.
ReplyDeleteNafisah:ni pon kne condamn.='(
Revivalist:syukran utk pkongsian yg sgt bmanfaat ni.
syukran~
ReplyDeletetazia: syukran ada makna nih~
ReplyDeletesangnujum: makna ape ye?
ReplyDelete