"Kamu menghafaz al-Quran, tapi tak beramal dengan apa yang kamu hafaz!"
"Tau menghafaz je, tapi makna tak paham sepatah pun!"
"Budak2 ni tau menghafaz je, tak tau makna pun.."
*ayat yang biasa kita dengar sesetengah orang cakap, bila merujuk pada golongan huffaz.. (kita la).
Kita selalu dengar seruan, supaya al-Quran itu diterjemahkan dalam kehidupan, baik untuk diri sendiri mahupun kepada masyarakat.. Tapi berapa ramai antara kita yang ambil iktibar daripada seruan itu, apatah lagi melaksanakannya..
Mmm.. Terkilan hati, bila sahabat-sahabat sendiri jadi begini. Tapi, macam aku kata suatu malam, konflik dan cabaran yang mematangkan diri, diri kita semua.. Sekarang, SENYUM..
^_^ . Dah, aku takda masa nak menulis panjang, tadabbur dan renungkan ayat-ayat ni, INSYA ALLAH terubat luka, nanah, parut, bisul di hati..
*semua dalam surah al-Hujuraat, surah yang semua kita dah hafaz..
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." ayat 10.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. " ayat 12.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari LELAKI dan PEREMPUAN, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." ayat 13.
Cukuplah al-Quran sebagai pemberi ingatan....
Ya ALLAH, aku sudah menyampaikan.....
*dari insan biasa, mundar-mandir tanpa jawatan..
terbaik. Manusia tu diciptakan suke rungut,(al ma'arij : 19) tp rungut tu prlu brtmpt gk. Hehe.
ReplyDelete