Sudah lama tak mencoretkan sesuatu untuk blog gen terchenta ini.
Dan post kali ini,saya ingin tujukan khas buat semua author blog gen yang sangat disayangi dan dicintai.Semoga Allah redha atas kita semua.
Terdetik hati saya untuk menulis kali ini,adalah kerana seorang sahabiah telah menempelkan link blog seorang makcik yang menghina Islam di dinding Facebook saya.Sangat mengejutkan bila makcik terbabit menghina Islam dengan sangat bersungguh-sungguh,dengan sepenuh hati,dengan perasaan benci yang meluap-luap.Dan yang paling penting,beliau menghina dengan penuh istiqamah sekali.Saya sangat mengagumi usaha kesungguhan beliau yang sangat istiqamah melakukan kerja-kerja yang teruk tersebut.
Saya sangat pasti dalam kalangan kita semua,sudah pasti ada yang telah membaca wordpress makcik tersebut.Sesiapa yang baca,pasti membuak-buak amarah,rasa nak bunuh,kalau jumpalah tuan punya blog terbabit,mesti rasa macam nak cekik,bakar mayat beliau.Baru puas hati.
Boleh bayang tak macam mana ayat makcik tu sampai semua orang berperasaan sedemikian?Bayangkan sendiri.
Tetapi,saya bukan nak bercerita tentang kesengalan makcik tersebut yang menghina dengan penuh kesungguhan.
Bukan itu isunya.
Usaha yang Istiqamah
Sangat mengagumkan bila melihat usaha makcik terbabit yang terlalu istiqamah menulis penghinaan terhadap junjungan besar kita,Rasulullah SAW.Boleh dikatakan setiap hari akan ada post baru di wordpress terbabit.
Mari kita renung diri kita.
Istiqamahkah kita mempertahankan agama Allah ini?Bersungguhkah kita menyebarkan ayat-ayat Allah yang suci?Adakah kita gunakan sepenuhnya medium yang ada untuk mengislah ummat?Adakah kita???
The journey has just started.Kita para huffaz,menggendong amanah yang maha berat dalam menyampaikan amanah Allah.30 juz yang disimpan dalam dada,bukan untuk dibangga,bukan untuk diletak di belakang nama dgn sambungan 'al-hafiz' atau 'al-hafizah'.Kita adalah 'frontier'.Barisan hadapan yang akan menggempur musuh yang cuba membunuh cahaya dalam ummat Islam.Tapi dalam ramai-ramai yang berada di barisan hadapan itu,berapa ramai yang sedar akan peranan dan tugas mereka?
Kita perlu tanya diri kita,adakah kita tahu apa peranan dan tugas kita.Apa yang boleh kita lakukan untuk melaksanakan tugas kita sebagai huffaz?Adakah kita berusaha?
Berusaha untuk menyerang balas serangan musuh yang terang-terangan menembak kita seperti apa yang makcik tersebut lakukan?Mungkin kita usaha,tapi adakah kita istiqamah?
Bila saya scroll over page wordpress tersebut,saya mengharapkan ada insan yang bergelar huffaz yang akan menegur dengan penuh hikmah,dengan penuh rasa kasih terhadap saudara seislamnya.Malangnya,tiada.
Sedar dirikah kita?
Dalam kita sedang bergelak-gelak dan bertikam lidah di shoubox blog gen,musuh-musuh Allah terus menembak,menghentam,membakar maruah agama kita.Sedarkah kita?
Sedarkah kita saudara seagama kita berperang dengan akal dan hati yang kosong tanpa panduan,berhadapan dengan musuh yang datang dari semua arah?Berapa ramai yang hingga keakhir berjaya tanpa kecundang?dan berapa ramai yang tewas sebelum berjuang dimedan perang?
Masalahnya,kita semua,saya dan antum antunna semua,berada dalam zon selesa,zon selamat,zon dimana semua orang yang hidup disekeliling kita orang-orang yang baik.Natijah dari keadaan ini,kita selesa dipandang baik dan dilabel baik,tanpa berusaha untuk membantu memperkuat pertahanan ummat yang berperang tanpa senjata.
Tak perlu susah payah angkat senjata.Gunakan sepenuhnya medium yang ada.Setahu saya,ramai antara ahli sem kita yang punya akaun Facebook,blogger,wordpress,dan sebagainya.Medium yang ada ini,gunakan sebaiknya.Memang Facebook itu direka dan dibina oleh yahudi,tapi kita manipulasikan teknologi yang ada.Gunakan untuk menyebarkan agama Islam.Kita punya pilihan,samada nak memanipulasi teknologi atau dimanipulasi teknologi.
Sedikit kekecewaan terdetik dihati.Blog gen yang ada,tak diguna sebaiknya.Hanya shoutbox menjadi tumpuan.Maaf andai saya terlalu biadap.Tapi itu hakikat.Saya tahu,blog gen ini punya ramai author yang hebat-hebat belaka.Ada diantaranya memang blogger tegar.Tak kurang juga ada yang baru nak berjinak-jinak untuk menulis.
Nasihat saya,nak berjuang melalui medium ini,perlu ilmu,kebijaksanaan,keberanian dan kesungguhan.Banyakkan membaca,banyakkan menulis.Menifestasikan ilmu yang telah kita semua peroleh daripada Bengkel Tinta Daie yang telah kita semua berhempas-pulas anjurkan.Sungguh,satu kerugian bila ilmu yang kita ada,tak dimanfaatkan sebaiknya.
Pada ahli gen yang lain,mungkin boleh gunakan apa sahaja medium yang available dikeliling anda.Kalau berkeinginan nak menulis di blog ini,mungkin boleh berhubung dengan admin blog ni.
Sangat besar harapan saya,akan lahir ramai blogger daie yang menulis untuk menegakkan agama Allah di alam maya ini.Mungkin nampak macam tidak menyumbang langsung dalam menegakkan agama Allah,tapi sekurang-kurangnya,kita berusaha dengan penuh istiqamah.
salam...ad cara tertentu ke nk bkak blog makcik hajjah nih...da dkat smggu ana cbe bkak...x dapat2...konfius eden...
ReplyDeletetak boleh bukak ke?
ReplyDeletebaru bukak,sgt 'bez' tulisan makcik tu. orientalis,liberal..dahsyat..ana stuju , ramai kalangan kite jd kapitalis dlm agama..allahu taala 'alam
ReplyDeletentah..stakat ni xpenah bjaye ag la bkak...kna hijab kot...
ReplyDelete