Alhamdulillah, kelas tasmik (tarsikh) kat cfs uia kembali bernyawa…
Bagi sahabat-sahabat yang pernah menghafal
114 surah, 30 juzuk, 604 muka surat dan 6236 ayat-ayat suci Al-Quran, sememangnya kehadiran kelas ini amat-amat membantu untuk mengulangkaji kembali hafalan-hafalan yang kian melambai-lambai mengucapkan
goodbye kepada kita… kita yang semakin lupa, semakin leka, semakin sibuk dengan urusan-urusan persatuan dan perlu juga diakui diri kita semakin malas dan tidak bersemangat untuk mengulang al-Quran…. Hmm…
Serius semangat dah tak sama macam masa kat Darul Quran…
Sebelum menjejakkan kaki ke Darul Quran dulu, perangai tak payah cakap, teruk, suka buli orang, tak jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan,mesej laki pompuan jiwang-jiwang sampai lewat malam, tak berapa nak jaga solat berjemaah, solat pun lambat, suka bangun lewat, dengan mak ayah tak berapa nak kisah, dengan cikgu-cikgu kat sekolah kadang-kadang mengumpat kat belakang mereka, kalau letak gambar profil kat
facebook mesti gambar yang
pose gaya maut, status kat
fb mesti yang jiwang-jiwang, kalau selisih dengan orang tak reti nak manis muka, nak-nak lagi bagi salam, jarang-jarang puasa sunat kecuali kalau asrama umumkan esok dewan makan tutup, so kena puasa jugak, kalau buka
youtube tak pernah nak buka ceramah ustaz-ustaz, tahu nak bukak yang lawak-lawak je, suka dengar lagu-lagu pelik, biar tak tahu makna, janji melodi sedap,layan jek….pakaian tak usah cakap, rambut mesti stylo pacak-pacak, seluar kaki kecik, yang tudung pun tak berapa nak labuh, stoking malas nak pakai, baju nak tiru macam kawan-kawan, konon ikut
trend………………………..macam-macam lagilah benda-benda yang tak berapa nak elok dan manis disebut,…
itupun sebelum masuk ke Darul Quran.
Bila jejak je kaki kat Darul Quran, rasa macam betul-betul nak berubah. Nak tinggalkan dunia sebelum menghafal Quran kepada kehidupan penghafal al-Quran. Mula bangun sebelum subuh, terus ke masjid dan baca Quran sebelum solat selepas solat, bila-bila masa pun sentiasa bersama Quran, dah mula solat awal waktu secara berjemaah lagi, pastu yang mana ada
couple zaman sekolah dulu terus hantar mesej
clash ; “saya nak jaga hati”, pakaian dah mula berubah kepada yang lebih sempurna, rambut dah tak pacak-pacak macam dulu dah, tudung dah labuh dah, seluar kaki kecik dah tak pakai dah, dah tak pakai dah t-shirt ada lambang pelik-pelik, dengan mak ayah dah mula ambil berat, telefon selalu tanya khabar, dengan guru-guru dah hormat dah, pergaulan laki perempuan dah mula jaga betul-betul, gambar-gambar gaya maut kat dalam fb dah tukar dah kepada gambar-gambar tarbiyah, dah mula dengar lagu nasyid berunsur ketuhanan, dengar ceramah-ceramah ustaz, mula beli buku-buku islamik, selisih dengan orang dah mula bagi salam, dan macam-macam lagi perubahan yang mula dibuat……
Tapi…. Bila dah lama tinggalkan bumi itu, macam diri ni tertarik semula kepada hidup yang dulu…. Dah makin jarang dah dengan al-Quran, sikit-sikit mula semula ber`hubungan` meskipun katanya versi lain yang lebih islamik, pakaian dah mula pelik-pelik semula, solat pun kadang-kadang dah pandai lewat,… fikir…fikir….fikir…. kembali ke zaman asal.
Hangat bukan tahi ayam itu???
Kenapa?
Sebab al-Quran tak lekat kat hati?
Hmm, boleh jadi.
Ustaz tasmik kata,
“Al-Quran tu untuk orang yang rajin. Bukan untuk orang yang bijak!”
Biar pun 4flat dapatnya masa kat DQ dulu, kalau tak rajin, hilang le Quran nyerrr….
Biar pun kena dur kat dq dulu, kalau rajin, dialah yang dapat Quran nyerr….
Kata ustaz. Angguk.
Sama-sama ambil peringatan ni,…
SAHABAT Rasululah s.a.w. , Abdullah ibn Mas’ud r.a mengingatkan kita :
“Seorang penghafaz al-Quran sepatutnya:
mengenali malam tatkala manusia lain sedang tidur (menghidupkan malam dengan beribadah),
dan siang harinya ketika manusia sedang berbuka (berpuasa sunat),
dan bersedih tatkala manusia lain sedang bergembira,
menangis tatkala manusia lain bergelak ketawa,
diam tatkala manusia berbicara,
penuh merendah diri tatkala manusia lain berbangga diri.
Sepatutnya bagi penghafaz al-Quran itu seorang yang banyak menangis, sedih, tidak mudah marah, tenang dan lemah lembut. Tidak sepatutnya bagi penghafaz al-Quran bersikap kasar, lalai, berteriak, memekik dan penuh kemarahan.
Tabiin yang terkemuka, Imam al-Fudhail bin ‘Iyadh r.h.m terut mengingatkan kita:
Penghafaz al-Quran membawa panji Islam. Tidak wajar baginya bermain-main bersama mereka yang bermain-main, dan tidak ia lupa bersama mereka yang lupa, dan tidaklah ia berbicara yang sia-sia bersama mereka yang lalai.
Rasanya dah tiba masanya fikir balik selama ni apa yang kita dah buat… Syaban dah ni. Tak lama lagi Ramadhan… masih ada masa masih ada peluang.. JOM!