~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
. IQRA' .
Perintah pertama yang turun dari yang Maha Mengetahui buat seluruh hambanya yang ada di bumi.
Mengapa turun perintah membaca dulu,bukan turun perintah mengabdikan diri pada Allah ?
Jawapannya senang.
Sebelum sembah Allah ,kita perlu kenal Allah.
Bagaimana cara nak kenal Dia?
Telah Allah beri kita jalan untuk mengenalinya,iaitu dengan MEMBACA.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.Yang menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmu yang maha mulia.Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam."
(Al-A'laq:1-5)
Menurut kitab tafsir;
"Dengan ayat ini Allah menerangkan bahwa Dia menyediakan kalam sebagai alat untuk menulis, sehingga tulisan itu menjadi penghubung antara manusia walaupun mereka berjauhan tempat sebagaimana mereka berhubungan dengan perantaraan lisan. Kalam sebagai benda padat yang tidak dapat bergerak dijadikan alat informasi dan komunikasi, maka apakah sulitnya bagi Allah membuatkan Nabi-Nya sebagai manusia pilihan-Nya boleh membaca, berorientasi dan dapat pula mengajar."
Sangat jelas.Perintah membaca buat semua.
Membaca untuk meningkatkan ilmu,menambah pengetahuan.
Adakah sama orang yang mengetahui dan yang tidak?
Sudah pasti tidak.Jangan dipertikai lagi.
Jadi,ayuh membaca.
Baca,baca dan terus membaca.
Tapi,memilihlah bila membaca.Jangan pakai belasah je.
Asal cover cantik,cerita menarik,sapu.Kita huffaz,bukan belangkas.Main sapu je apa depan mata.
Tanggungjawab semakin berat,lebih membebankan bila kita sudah khatam 30 juz.
Hafal bukan setakat hafal.
Isi al-Quran itu, harus kita menifestasikan melalui perbuatan dan tutur kata kita.
Jangan hanya cakap ,tapi buat.
Allah pun benci kita cakap tapi kita tidak buat seperti apa yang kita katakan.
Then,WALK your TALK.
Bukan nak cakap yang huffaz ni tak membaca.
Cuma kurang selektif bila membaca.
Yang menulis ni juga tidaklah hebat mana untuk menyuruh orang lain membaca.
Tapi,ini juga ingatan untuk saya.
Dan saya mahu mengingatkan sahabat-sahabat yang lain.
Supaya kita sama-sama dapat perbaiki diri,dengan melaksanakan perintah Allah yang sangat simple ini.
Post ini,terdetik untuk dibuat bila terlihat seorang sahabat yang meng'upload' buku-buku yang mengubah sdudut pandang beliau dalam hidup.
Sungguh,saya kagum dengan beliau yang mampu menghadam sebanyak mungkin bahan bacaan ilmiah yang berat sebegitu.
Semangat yang ditunjukkan untuk menengkatkan kualiti diri,sangat mengagumkan.
Semoga Allah redha padanya.
Juga pada berita yang terbaca dalam akhbar,yang menyatakan rata-rata rakyat Malaysia hanya membaca 12 buah buku setahun.
Jadi,lepas ini,kita sama-sama tingkatkan bilangan buku yang dibaca, dan baca bahan bacaan yang lebih berat,sarat dengan kandungan ilmiah,agar kita dapat tambah ilmu yang sedia ada.
Mahu jadi da'ie yang hebat,perhebatkan diri dengan perhebatkan pembacaan.
Jadi,jangan tunggu lagi.
MARI MEMBACA.